Sunday, January 8, 2012

Ombak Rindu





Cukup menyentuh jiwa bila aku menonton filem "Ombak Rindu" lakonan Maya Karin dan Aron Aziz (yg mmg pelakon kesukaan aku). Filem yang memberi aku kesedaran tentang pengorbanan seorang isteri pada suaminya walau perit dan sakit hati seorang wanita bila diperlakukan sebegitu.
Aku bersyukur sebab Allah tak beri aku ujian sehebat itu untuk aku tempuhi,Alhamdulillah ku panjatkan doa.Allah berikan aku kehidupan yang bahagia bersama suami tercinta...anak2 yang comel.Aku bersyukur.
Belum tentu ada seorang wanita menjadi seteguh wanita seperti Izzah yang cekal dan redha dengan ketentuanNya.Ramai wanita yang tewas dengan masalah dan kesulitan hidup, tetapi filem ini membawa pengertian setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, hanya kesabaran dan kekuatan iman yang menjadi tunggak dalam kehidupan.Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik untuk insan yg ikhlas dan beriman kepadaNya.
Walaup bagaimanapun aku amat tertarik dengan plot dan lakonan maya karin dan aron aziz kerana mereka mampu menjadikan watak harris dan izzah berkesan dihati saya pabila menonton filem ini.
Shima amat menyayangi abg...cinta,sayang dan kasih ini hanya untukmu...:)

No comments:

Post a Comment