Wednesday, May 2, 2012

Pemergian Abah Tersayang...

Kesedihan hatiku tak dapat nk digambarkan, abah pergi dengan tiba-tiba.Abah pergi pada 6 April 2012 Hari Jumaat Jam 8.00malam di Hospital Balik Pulau.Aku sampai ke kampung tepat jam 3 pagi ,suasana sunyi di perkarangan rumahku hanya bunyi katak dan unggas malam saja yang kedengaran....aku menggeletar bila kakiku memijak ke tanah, ibu dan kakak sulungku berada di depan pintu dengan wajah yang muram dan sedih menunggu kedatangan aku dan keluarga sampai.Aku tak dapat nak menahan sebak dihati, bila aku memeluk tubuh ibuku, ibu berkata "Abah ade tu tengah tido..." Pilunya suara ibuku seolah menggambarkan dia menyelindung perasaannya.Bila kakiku melangkah masuk ke pintu, pikiran aku bertambah kacau dan bercelaru, seolah-olah susah nk menerima kenyataan yang abah dah tiada lagi.Dibawah kelambu putih dan cahaya lampu ruang tamu, ku lihat tubuh kaku abahku..Ya Allah....Hanya Dia saja yang mengetahui apa yang aku lalui..ku tahan jiwa dan perasaan sedih ku untuk menggelakkan dari menyakiti jenazah abahku.Ku kuncup dahi dan wajah abah sedalam-dalamnya,Ya Allah, Kau tempatkan roh abahku ditempat orang-orang yang beriman...semoga abah sihat dan tenang disana...Amin

Sunday, January 8, 2012

Ombak Rindu





Cukup menyentuh jiwa bila aku menonton filem "Ombak Rindu" lakonan Maya Karin dan Aron Aziz (yg mmg pelakon kesukaan aku). Filem yang memberi aku kesedaran tentang pengorbanan seorang isteri pada suaminya walau perit dan sakit hati seorang wanita bila diperlakukan sebegitu.
Aku bersyukur sebab Allah tak beri aku ujian sehebat itu untuk aku tempuhi,Alhamdulillah ku panjatkan doa.Allah berikan aku kehidupan yang bahagia bersama suami tercinta...anak2 yang comel.Aku bersyukur.
Belum tentu ada seorang wanita menjadi seteguh wanita seperti Izzah yang cekal dan redha dengan ketentuanNya.Ramai wanita yang tewas dengan masalah dan kesulitan hidup, tetapi filem ini membawa pengertian setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, hanya kesabaran dan kekuatan iman yang menjadi tunggak dalam kehidupan.Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik untuk insan yg ikhlas dan beriman kepadaNya.
Walaup bagaimanapun aku amat tertarik dengan plot dan lakonan maya karin dan aron aziz kerana mereka mampu menjadikan watak harris dan izzah berkesan dihati saya pabila menonton filem ini.
Shima amat menyayangi abg...cinta,sayang dan kasih ini hanya untukmu...:)