Sunday, April 30, 2017

Excel Automation Application

Bagi sesiapa yang memang minat mengguna Microsoft Excel untuk simpan semua data-data atau maklumat perniagaan terutama peniaga2 online yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan jual beli, disini saya menawarkan perkhimatan mengurus dan memanipulasi data/maklumat perniagaan anda dengan mengguna aplikasi Excel.
Anda tidak perlu membuka , menggunakan fungsian di excel lagi untuk membina carta, graf , jadual dan sebagainya untuk mengetahui perningkatan keuntungan dan status perniagaan anda. Bagi peniaga yang kurang pengetahuan dalam pengguna Microsoft Office sudah tentu sukar untuk mengeluarkan statistik perniagaan anda menggunakan butang dan fungsi yang ada dalam Microsoft Excel bukan? So kini saya menyediakan ruang untuk anda menggunakan Excel Automation Application . Mudah kerana :
* tak perlu server
* semua kiraan dibuat dibelakang tabir sistem menggunakan ADO in Excel VBA
* mudah untuk menguruskan multiple sheets
* boleh menghasilkan carta,graf dan sebagainya dengan hanya klik satu butang sahaja
* Offline
-Untuk maklumat lanjut boleh lah menghubungi saya SHEEMA di talian 017-3851417
Contoh :
Berikut adalah contoh senarai data yang anda ada sebelum
Berikut adalah contoh aplikasi selepas menggunakan EXCEL APPLICATION

Wednesday, May 2, 2012

Pemergian Abah Tersayang...

Kesedihan hatiku tak dapat nk digambarkan, abah pergi dengan tiba-tiba.Abah pergi pada 6 April 2012 Hari Jumaat Jam 8.00malam di Hospital Balik Pulau.Aku sampai ke kampung tepat jam 3 pagi ,suasana sunyi di perkarangan rumahku hanya bunyi katak dan unggas malam saja yang kedengaran....aku menggeletar bila kakiku memijak ke tanah, ibu dan kakak sulungku berada di depan pintu dengan wajah yang muram dan sedih menunggu kedatangan aku dan keluarga sampai.Aku tak dapat nak menahan sebak dihati, bila aku memeluk tubuh ibuku, ibu berkata "Abah ade tu tengah tido..." Pilunya suara ibuku seolah menggambarkan dia menyelindung perasaannya.Bila kakiku melangkah masuk ke pintu, pikiran aku bertambah kacau dan bercelaru, seolah-olah susah nk menerima kenyataan yang abah dah tiada lagi.Dibawah kelambu putih dan cahaya lampu ruang tamu, ku lihat tubuh kaku abahku..Ya Allah....Hanya Dia saja yang mengetahui apa yang aku lalui..ku tahan jiwa dan perasaan sedih ku untuk menggelakkan dari menyakiti jenazah abahku.Ku kuncup dahi dan wajah abah sedalam-dalamnya,Ya Allah, Kau tempatkan roh abahku ditempat orang-orang yang beriman...semoga abah sihat dan tenang disana...Amin

Sunday, January 8, 2012

Ombak Rindu





Cukup menyentuh jiwa bila aku menonton filem "Ombak Rindu" lakonan Maya Karin dan Aron Aziz (yg mmg pelakon kesukaan aku). Filem yang memberi aku kesedaran tentang pengorbanan seorang isteri pada suaminya walau perit dan sakit hati seorang wanita bila diperlakukan sebegitu.
Aku bersyukur sebab Allah tak beri aku ujian sehebat itu untuk aku tempuhi,Alhamdulillah ku panjatkan doa.Allah berikan aku kehidupan yang bahagia bersama suami tercinta...anak2 yang comel.Aku bersyukur.
Belum tentu ada seorang wanita menjadi seteguh wanita seperti Izzah yang cekal dan redha dengan ketentuanNya.Ramai wanita yang tewas dengan masalah dan kesulitan hidup, tetapi filem ini membawa pengertian setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, hanya kesabaran dan kekuatan iman yang menjadi tunggak dalam kehidupan.Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik untuk insan yg ikhlas dan beriman kepadaNya.
Walaup bagaimanapun aku amat tertarik dengan plot dan lakonan maya karin dan aron aziz kerana mereka mampu menjadikan watak harris dan izzah berkesan dihati saya pabila menonton filem ini.
Shima amat menyayangi abg...cinta,sayang dan kasih ini hanya untukmu...:)

Wednesday, October 5, 2011

Hero Mama

Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak lelaki May 2011 yg lepas. Berat 3.1kg dan bersalin secara caesarean (kali ke-3) huhu...di hospital Serdang Selangor.Namanya Muhammad Daniel Eidil (panggil dani).....Mama bersyukur kerana Allah swt dh kurniakan mama sepasang anak yg comel2 dan sihat walafiat.Inilah berkat menunggu selama 7thn kehadiran cahaya mata dlm rumahtangga, akhirnya Dia kurniakn 2 insan yg tak ternilai didunia ini pada aku dan suamiku..Mama sayang mia dan dani!....

Anak Mama Makin Membesar

Kini anak mama sudah pandai berceloteh (mcm mama dia) heh3....dah makin nk pakai cantik2 dan berhias, tingglnyer susah sikit nk hias tang rambut tu, sbb memang pantang orang pegang rambut and kepala dia...anak mama dh jadi kakak yg rajin dan pandai menjaga adiknyer..ape yg mama dia buat, dia pasti nk buat sama..mia..mia..itu yg buatkan mama sayang sgt padanya...tapi satu jer, anak mama ni garang sangat la...selalu buat adik terkejut , dan suka berebut barang dengan adik....mia..mia..mama sayang mia tau!
Add Image

Wednesday, July 14, 2010

My sweet baby...love u so much